KASIH YANG DIPILIH

Dikeheningan malam yang sunyi, bersama bulan dan bintang yang sentiasa menemani dikala seseorang itu mula sedih. Angin yang  bertiup halus menampar pipi mulus Nur menyebabkan air mata mula kering. Sebatang pokok yang rendang menjadi tempat penyandaran Nur yang inginkan ketenangan. Mengapa? Ya itulah persoalan yang berada difikirannya pada ketika itu. Salah satu alasan mengapa rumah menjadi tempat tidak nyaman adalah ketidakadilan seperti pilih kasih di dalamnya. Mengapa ibubapa perlu pilih kasih? Kenapa perlu membanding bandingkan? Persoalan-persoalan itu menjadi tanda tanya bagi Nur yang bernasib malang itu...


        Melihat bulan dan bintang yang sentiasa bersama menerangi kegelapan malam menjadikan Nur mengukir senyuman yang manis. Tidak seperti dia dan adiknya. Hanya kerana lebih menyayangi akan adiknya membuatkan anak sulung rasa terpinggir dan mula tumbuh kesedihan serta kekecewaan. Orang tua yang dikatakan sebagai contoh dan tauladan kepada anak-anak telah menggores hati si sulung disebabkan berat sebelah. Itulah yang terjadi kepada Nur iaitu puteri sulung yang membawa diri berjauhan dari keluarganya.


        Keadilan dan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak amatlah penting bagai menatang minyak yang penuh. Jika tiadanya istilah 'pilih kasih' dalam sesebuah keluarga pasti wujudnya ukhuwah yang utuh. Begitulah harapan Nur yang sentiasa mengharapkan curahan kasih sayang yang adil terhadap dia dan adiknya. Dia teringat akan kejadian yang berlaku pada dirinya sehinggakan kesabaran yang disimpan selamani berkecai begitu saja.


        Nur mula hilang sabar apabila orang tuanya membeza-bezakan dirinya dan adiknya. Hati dan perasaan mula tergores ketika ibunya mengatakan bahawa dialah anak yang menyusahkan, sukar diurus dan selalu protes. Ya benar, Nur selalu tunjuk protes terhadap orang tuanya. Dia bertindak sebegitu disebabkan mereka juga. Apa yang diminta oleh Nur tak pernah ditunaikan, mereka seringkali memberi alasan apabila Nur meminta sesuatu. Berbanding dengan adiknya yang sentiasa dimanjakan ayahnya. Adiknya bagai dilayan seperti ratu, apa yang diminta semua dapat.


       Nur berasa kecewa apa yang dikatakan ibunya itu. Ayahnya tidak pernah menyokong dia, sentiasa mencari salah Nur. Dia cemburu dengan adiknya yang sentiasa diberi kasih sayang yang lebih dan hidup dipenuhi pujian daripada orang tuanya. Nur tidak tahan lagi. Luluh rasa hati apabila dibanding-bandingkan dengan adiknya. Dia dan adiknya tiada beza kepandaian. Nur juga seorang pelajar cemerlang di sekolahnya tetapi dia berasa pelik dan banyak tanda tanya apakah kekurangan pada dirinya? Tidak cukupkah apa yang ada pada dirinya sehinggakan adiknya jauh dipandang mulia oleh orang tuanya.


        Mengimbau detik yang mengecewakan itu, Nur menghela nafas  dan seketika itu air mutiara halus jatuh ke pipi. Nur tidak dapat menahan  dan membiarkan air matanya jatuh bercucuran bersaksikan bulan dan bintang. Nur redha akan nasib yang menimpa dirinya. Buat kali pertama dirinya mula menimpulkan rasa dendam dan benci terhadap keluarganya itu. Dari kejauhan menampakkan dirinya yang kecil bersandar pada sebatang pokok sambil menangis teresak-esak mengharapkan sebatang pokok mendengar apa isi hatinya. 


         Allah menyatakan berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Anak pertama dan anak kedua lain ragamnya , lain perwatakannya dan lain perkembangannya. Janganlah disamakan atau dibanding-bandingkan mereka. Setiap anak mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri. Jangan kerana dari sikap kita yang suka membeza-bezakan,  anak menjadi berdendam antara mereka. Mungkin kesannya tidak nampak sekarang tetapi luka itu berbekas sampai ke tua...


        













Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CERPEN : KATA KATA